Hari ini appa dan umma sekali lagi tidak ada dirumah.. Mereka sering sibuk dengan aktiviti bersama rakan
rakan. Kata umma, pagi ini mereka telah mengatur rancangan untuk bermain snooker… Ya, appa dan umma
memang seperti pasangan muda yang sedang hangat bercinta. Mereka boleh dikatakan langsung tidak
mempedulikan aku dan dua orang oppaku. Mereka menganggap bahawa kami telah dewasa dan tidak ada
apa-apa yang perlu dirisaukan lagi. Sepatutnya dihari-hari minggu seperti ini mereka harus meluangkan masa
bersama anak-anak tetapi mereka lebih memilih untuk bersama kawan-kawan. Namun aku masih bersyukur,
mujurlah aku mempunyai dua orang oppa yang merupakan pasangan kembar. Oppa-oppaku bukan sahaja
kacak dan comel tetapi juga seorang yang penyayang dan prihatin terhadap semua orang yang disayanginya
termasuklah aku adik bongsunya, Kim Heo Ra… Usiaku dan oppa tidaklah terlalu jauh berbeza, hanya 2
tahun berbeza. Aku masih seorang pelajar sekolah tinggi, begitu juga oppa-oppaku Kim Ki Bum(Key) dan
Kim Sung Hyun(Kevin) yang berusia 18 tahun..
“ Heora ah, cepatlah turun. Oppa dah siapkan sarapan ni !” Key oppa menjerit melaungkan namaku.
Sikap Key oppa memang tidak ubah seperti seorang umma yang kuat berleter. Memang setiap hari minggu
Key oppa adalah tukang masak kami. Manakala Kevin oppa pula sejak awal pagi lagi keluar
berjogging bersama teman wanitanya, Park Ji Yeon unnie…
“ Ahh..mengantuknya…” kataku sambil menggeliat. Memang aku betul-betul mengantuk kerana
semalaman aku tidak dapat tidur akibat diganggu mimpi yang sama berulang kali. Aku juga tidak pasti
apakah maksud mimpi itu.
“ Kyaaa! Kamu sudah bangun ke belum, cepatlah turun. Oppa dah lapar ni..Apalah nak jadi dengan
kamu ni, anak dara pun bangun lewat. Nanti oppa bagitahu Seyong baru padan muka kamu!” Key oppa masih berleter. Memang itulah hobinya. Walaubagaimanapun, aku tahu Key oppa sayang akan aku.
“ Arassoe ! dah bangun pun. Kejap lah..” aku membalas pertanyaan Key oppa dan terus turun dari katil
lantas berlalu ke bilik air…Key oppa menanggalkan apronnya. Pada masa yang sama, Kevin oppa
pulang bersama Ji Yeon unnie. Sebaik sahaja mereka masuk, Key oppa menegur.
“ Hah Kevin, eloklah kamu dah balik. Jom sarapan, hyung dah siapkan makanan. Ajak Ji Yeon sekali..”
Key oppa mempelawa pasangan kekasih itu. Kevin oppa menghampiri hyungnya yang sedang duduk di anak
tangga menunggu aku..
“ Nae… Gomawo Key hyung. Memang kami datang ni nak makan masakan
hyung yang sedap sangat-sangat tu pun. Hehehe… Kan Ji Yeon ? ” Kevin oppa cuba untuk bergurau dengan
abang kembarnya..
“ Ish awak ni Kevin, malulah saya.” Ji Yeon tersenyum malu-malu.
“ Kevin ni memang macam tu, selalu sangat nak sindir masakan saya! Walaupun tak berapa sedap tapi
setidak-tidaknya hyung cuba. Padanlahkamu tu tak pandai masak langsung! Hahaaha…. ” Key oppa
memang tidak akan kalah kalau berperang mulut dengannya. Jangan sampai tersembur ayat-ayat pedasnya
sudah la.
“ Okay..okay saya surrender la hyungku yang handsome! Saya pasti kalah nanti..” Kevin oppa berkata
sambil tangannya ligat menggosok kepala Key oppa.
“ Kyaa… rosaklah rambut hyung ! ya paboo , paboo ya… ” ujarnya sambil
membetulkan semula rambut pacaknya. Mulutnya tidak ketinggalan memuncung panjang sedepa..
“Mianhae!” jawab Kevin oppa sepatah lalu melabuhkan punggung di meja
makan. Macam tak ikhlas sahaja meminta maaf..
“ Apalah awak dua beradik ni.. Tak habis-habis bergaduh. ” Ji Yeon
menegur sambil tersenyum. Dia tahu, pasangan kembar itu hanyalah gaduh-gaduh manja sahaja.
“ Dia tak hormat saya.. Nasib awaklah yang dapat dia..” Key oppa masih
membidas. Jangan haraplah dia akan mengalah. Ji Yeon unnie tersenyum
memanjang..
“ Eleh, hyung tu pun sama.. Kesian Nicole jadi girlfriend hyung. Nanti bila
dah kahwin teruklah Nicole kena bebel dek hyung sampai bernanah-nanah
telinga..hehehe” Kevin oppa pun semestinya tidak mahu kalah. Selamba sahaja
dia membalas sambil menguyah chewing gumnya..Alamatnya aku jugaklah yang
kena habiskan perang ni.
“ Aigoo.. wahai oppa-oppaku yang handsome! Sudah sudah la tu. Karang
ada jugak orang makan orang.” Aku bersuara sambil menuruni anak tangga.
Memang setiap kali oppa-oppaku bergaduh, akulah yang jadi refereenya..
“ Hah, kamu ni pun satu Heora, buat apa lama-lama kat atas. Perut oppa ni
dah berapa kali duk menyanyi ‘replay replay replay’….Lapar tau!” Key oppa
membebel lagi. Kali ini sudah berdiri sambil bercekak pinggang. Tak ubah seperti
ahjumma yang jahat mahu mendera anak tirinya. Hahaha
Papp! Aku memukul dahi
“ Aigoo..aigoo.. kita pulak yang kena balik.. Ara,, saya yang salah.. Sorrry!”
Aku mengalah. Aku takut bila Key oppa memandangku dengan mata ala-ala
lasernya itu
“ Kevin oppa! Kenapa tak jemput unnie duduk. Apalah oppa ni! Kesian
unnie.” Aku menegur perbuatan Kevin oppa yang tidak sepatutnya itu. Ada ke
patut biarkan tetamu berdiri sedangkan dia asyik menguyah gula-gula
getah.Apatah lagi tetamu itu teman wanitanya sendiri. Key oppa yang sedang
menuang kopi menjeling.
“ Ow ow..joesonghabnida Ji Yeon.” Kevin oppa bingkas bangun lalu
menarik kerusi untuk teman wanitanya..
“ Sorry tak sengaja…” sambungnya lagi. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.
“ Gwaenchanha.. saya tak kisah pun.” Mujur sahajalah Ji Yeon unnie tidak
seperti bekas teman wanitanya yang sebelum ini yang suka mengada-ngada.
Salah sikit mulalah hendak merajuk. Aku yang tengok pun naik meluat ! Tapi Ji
Yeon unnie aku suka sangat-sangat. Begitu juga teman wanita Key oppa iaitu
Nicole unnie.. Aku harap kedua-dua mereka akan jadi kakak ipar aku suatu hari nanti..
“ Sudah..sudah… mari makan ni, nanti sejuk pulak masakan saya. Silakan Ji
Yeon.” Key oppa tersenyum manis.
“ Hmm.. baiklah..” Ji Yeon unnie menjawab.
Kami menikmati sarapan pagi dengan berselera sekali. Sesekali masakan Key oppa
dipuji oleh Ji Yeon unnie. Key oppa yang memang suka dipuji itu pun apa lagi,
mestilah senyum sampai ke telinga.. Bertambah-tambahlah ‘kepoyoannya’…huhu..
*DISTUDIO MVP*
Jam 2 petang .. Aku bersama Key oppa dan Kevin oppa seperti biasa akan menghadiri kelas seni dibawah
bimbingan sifu kami iaitu Tofu Onew. Aku mengambil dua kelas iaitu kelas ballet pada sebelah petang dan
kelas volin pada sebelah malam.. Manakala kedua orang oppaku mengambil kelas tarian dan juga
kelas vocal.. Tofu Onew bukan mengendalikan kelas-kelas tersebut seorang diri tetapi dia dibantu oleh
beberapa orang rakannya yang lain antaranya ialah Bling Bling Jonghyun sebagai guru vocal, Eunhyuk
sunbaenim sebagai choreographer, Hyun Joong sunbaenim sebagai guru violin dan ramai lagi…
“ Onew sunbae, kenapa tak ramai yang datang kelas hari ini..Waeyo ? ”
Kevin oppa mengajukan pertanyaan..Key oppa dan aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Ya,
memang hari ini ramai rakan-rakan yang belajar seni bersamaku tidak datang ke kelas.. Kami semua duduk
bersila dilantai tempat tarian itu sementara menunggu Eunhyuk sunbaenim yang agak lewat hari ini.
“ Nado molla… Sunbae pun tak tahu. Mungkin mereka datang lewat sikit kot. ” Onew sunbae
menjawab dengan tenang sahaja.
“ Ooo…arassoe.. ” serentak kami bertiga menjawab.
“ Ara..khajaa! kita mulakan dancing . Tak kisahlah diorang yang tak datang tu.” Onew sunbae
akhirnya membuat keputusan. Kami semua mula berdiri. Aku menyanggulkan rambutku agar tidak
mengganggu konsentrasi untuk menari ballet.
“ Tapi Eunhyuk sunbae pun tak ada lagi ni. Macam mana nak mulakan ? ”
Key oppa bersuara setelah lama mendiamkan diri.
“ Ara..ara.. Onew sunbae pun terror menari..hehe ” sambung Key oppa lagi setelah tiba-tiba Onew
sunbae memandangnya dengan mata yang tajam.
‘ Aigoo.. kenapa aku ni bodoh sangat.. Dah tahu Onew sunbae ni seorang yang sensitive, pandai-pandai
pulak nak perkecilkannya. Kalau dia tak terror apa kejadahnya pulak dia buka studio MVP ni..’ Key oppa
bermonolog di dalam hati.. Erm..ada betul jugak teori Key oppa tu. Hahaha..
Muzik ‘Lucifer’ dimainkan.. Oppa-oppaku mula mengatur gerak tari mereka. Wah! Daebak daebak !
Memang kelihatan agak sukar untuk koreografinya tapi oppa-oppaku memang hebat.. Hanya beberapa minit
sahaja mereka telah berjayamenguasainya.
“ Key oppa! Key oppa ! cuba oppa demo kan part handcuff dance tu.. Comel lah oppa buat..hehehe.."
Aku tersengih sengih macam kerang busuk..Bahkan lebih busuk dari kerang tu. Hahaha.. Key oppa pulak
biasalah dia apabila dipuji.. Macam mana ?? Tersenyum sampai ke telinga lah ! Tapi lain pulak dengan
Kevin oppa..
“ Heora ni, asyik duk puji Key hyung aje… Oppa ?? ” wah,, ada yang jealous lah.. haha..
“ Laa…janganlah jealous oppa.. Okay,, Heora nak tengok Kevin oppa buat part vibration dance.. Palli ! palli ! Key oppa vs Kevin oppa dance battle ! Kita tengok siapa yang hebat.. Kekekeke.” Aku bertepuk-tepuk tangan. Seronok benar nampaknya. Onew sunbae juga tersenyum
‘Heora..Heora..mentang-mentanglah cikgu ballet dia tak datang suka aje nak kacau oppa-oppanya’
Onew sunbae berbicara dalam hati.. Matanya tidaklepas daripada memandang seraut wajahku yang putih
gebu itu.Pintu studio terkuak dan terjegul muka seorang pemuda.
“ Changkamal ! saya pun nak battle jugak ..” Pemuda itu memandang aku.
Winkk! Mak aii… dia wink kat aku.. Fuhh! Cair…. Kuasa Flamming Charisma dah keluar dah !
“ Kyaa.. Minho ya Minho ! kamu tahu ke macamana stepnya.. Kitaorang pun baru belajar harini.. Yang
kamu lewat tu kenapa ?” Key oppa tidak berpuas hati, takut jugak dengan pencabarnya Minho yang agak
terror menari itu.
“ Kibum..relax la.. Wae ? Takut kalah ?! ” Minho membalas . Agak gah bunyinya.
“ OK!! Start!” Onew sunbae bersuara. Lantas muzik dimainkan..Mereka bertiga agak rancak menari.
Aku terkesima. Tidak menyangka bahawa Minho oppa telah menguasai koreografi Lucifer.. Bertambah-
tambahlah rasa suka aku terhadapnya! Namun, tiba-tiba………
“ Oppaaa! ”
“ Heora !”
Suasana menjadi cemas….






4 comments:
So far rasanya okay lagi kod ff you sbb baru start kan. tapi sis tgok character mcm byk sgt . bole ke na fokus kt sume. hope dpt lha ye . btw, font size jgn besar cemni , just guna normal je :) okayyy nice try (Y)
tq sis sbb sudi bc dn komen :) okeh! akan baiki yg mn patot :D
sis darla : okey tak tulisan nie ? hee :D
okay. font da okay da. just utk next chpter tuh, bagi space sikit antara perenggan. biar nmpk kemas dan lebih teratur. btw nice job (Y)
Post a Comment