Tuesday, November 20, 2012

BAB 1




    “Happy Birthday to you…Happy Birthday to you… Happy Birthday to Ara and Dina…Happy birthday to you….” Nyanyian kaum keluarga dan rakan-rakan memenuhi seluruh ruang banglo mewah itu ketika menyambut hari kelahiran Eisya Zahra dan kakak kembarnya Erdina Putri yang ke 14 tahun.

   “Ara..Ni papa hadiahkan, Happy Birthday untuk puteri kesayangan papa ni.” Ujarnya sambil mengusap pipi comel anaknya.

   “Papa harap Ara suka dengan hadiah tu. Simpan sampai bila-bila tau. Nanti papa takde, Ara mesti ingatkan papa bila tengok hadiah ni.” Dato’ Syakir menghadiahkan satu kucupan di pipi anak kesayangannya itu.

   Dari jauh kelihatan seorang gadis memandang pasangan anak dan ayah itu dengan penuh dendam. Matanya berair. Perlahan-lahan dia menghampiri.

  “Papa memang tak adil! Papa , Nampak sangat papa seorang yang pilik kasih!” Tempik Erdina . Bibirnya diketap. Bola matanya merah menyala. Mujur sahaja saat itu tetamu berada ditingkat bawah untuk menjamu selera. Hanya mereka bertiga sahaja di ruang tamu ditingkat atas. Eisya diam membisu. Jelas terpamir riak terkejut diwajahnya.

   “Apa kena dengan kamu ni Dina ? Kan papa dah bagi hadiah kamu tadi. Tak cukup lagi ke sampai nak tuduh papa ni pilih kasih!” Dato’ Syakir cuba bersikap tegas. Suaranya cuba dikawal takut dikesan oleh para tetamu. Ya memang, memang dia lebih menyayangi Eisya Zahra berbanding Erdina Putri kerana sikap Eisya jauh lebih baik daripada Erdina. Eisya seorang yang sangat disenangi berbanding Erdina yang sering sahaja memprotes dan memberontak. Sikapnya yang sebegitu sejak kecil lagi. Mungkin mewarisi sikap arwah neneknya. Tapi haruskah  Erdina dipersalahkan seratus peratus ?

    “Tengoklah papa ni , asyik-asyik nak marah Dina. Memanglah Dina dah dapat hadiah tapi kenapa tak sama dengan dia punya!” Erdina menuding jari tepat ke wajah Eisya. Terkesima Eisya seketika

   “Hadiah yang papa bagi kat budak sial ni jauh lebih mahal kan ? Papa memang tak adil!!!”
Dato’ Syakir sudah berang. Mahu sahaja dia menampar mulut lancang Erdina itu tapi ditahan. Segera dia mengucap.

   “Dah! Jangan kamu cuba nak cabar kesabaran papa , pergi masuk bilik kamu sekarang!” Jerkah Dato’ Syakir. Eisya sedari tadi hanya membungkam.

   “Kenapa papa ? Ada apa kecoh-kecoh kat atas ni ? Apa yang berlaku  ?” Danish Hazriq memanjat anak tangga menghampiri papanya sebaik sahaja mendengar keributan ditingkat atas. Mujur sahaja para tetamu sudah beransur pulang. Hanya tinggal saudara terdekat sahaja. Danish melihat Erdina berlari masuk kebiliknya.

Bbangg!

Pintu dikatup kuat.

Perasaan hairan mula timbul.

Dia memandang Eisya yang tertunduk kebawah dengan penuh tanda tanya.

  “Tak ada apa-apa Danish. Tolong ambilkan air untuk papa.”

    Dato’ Syakir tidak ingin menceritakan perkara itu kepada Danish takut mengganggu pelajarannya memandangkan tahun ini dia bakal menduduki PMR. Danish memang terkenal dengan sikap tanggungjawabnya. Jadi Dato’ Syakir takut  Danish menyusahkan dirinya sendiri untuk membantu memulihkan hubungannya dengan  Erdina.

   “Baik papa..” Danish meluru ke tingkat bawah dan kembali semula bersama segelas air suam. Persoalan tadi belum terjawab. Danish perlahan-lahan beransur untuk bertanyakan Eisya tentang hal tadi.

                                              ++++++++++++++++++++++++++++++++

  Ketukan di pintu bilik menyedarkan Eisya yang sedari tadi asyik membelek dan mencuba hadiah yang diberi oleh papanya tadi.

“Masuk bibik, Pintu tak kunci.”

Perlahan pintu itu terkuak.

“Heii..ni abang lah. Ada ke patut abang yang banyak punya handsome macam ni Eisya panggil bibik. Alahai apalah nasib.” Danish cuba berjenaka. Eisya memandang kosong tetap tidak mempedulikannya.

Bungkam.

‘Handsome konon. Phuii , Kalau macam Lee Kiseop tu barulah dikira handsome’

Dia mengomel didalam hati. Eisya seorang peminat drama dan muzik dari Korea. Itu memang tidak dapat disangkal lagi.

“Nak  apa datang bilik orang ni, tak pernah-pernah pun sebelum ni.” Soalnya hambar. Memecah kesunyian yang berlalu beberapa minit tadi. Tangan ligat memasukkan kembali hadiah tadi kedalam kotak tanpa memandang ke arah Danish.

“Err . Abang nak Tanya sikit boleh ?”

Ujar Danish agak takut.

“Hmm . Tanya lah. Sikit aje.”

Senyap.

Danish masih berkira-kira samada ingin bertanya atau tidak. Wajahnya agak runsing.



   “Cepatlah…Nak tanya apa, orang nak mandi ni.” Eisya bengang. Dia tak suka orang meleret leret ni. Atau mungkin dia tidak mahu Danish berlama dibiliknya. Dia dengan Danish memang tidak ada chemistry seperti abang dan adik yang lain. Sering sahaja bermasam muka. Eisya agak cemburu bila kawan kawannya menceritakan tentang hubungan baik mereka bersama abang masing-masing. Tetapi tidak untuk dirinya. Dia sendiri tidak mengerti.

“Abang nak tanya pasal tadi. Kenapa dengan Dina dan papa ?”

‘Fuhh..lega, akhirnya terpacul jugak soalan aku’

Danish bersuara dalam hati. Bukan main takut lagi untuk berdepan dengan adiknya yang seorang ini.

“Buat apa awak nak tahu ? tak penting!”

Awak ? Jauhnya aku rasa hubungan aku dengan adik sendiri. YaAllah kenapa hubungan kami macam ni.

“Danish!”

Suara Eisya memecah lamunan Danish.

   “Okey. Takpa lah kalau macam tu. Maaf kalau abang mengganggu. Abang keluar dulu, Assalamualaikum” Danish seakan-akan merajuk. Pintu dikatup rapat setelah dia keluar  dari bilik adiknya.

Eisya senyap.

Diburu rasa bersalah.

  “Waalaikumussalam…”

             ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jam dinding menunjukkan pukul  7 pagi.

Banglo mewah itu masih sunyi.

   “Danish…Dina…Ara…cepat turun sarapan sayang.” Datin Amira melaung memanggil anak-anaknya yang masih berada dibilik masing-masing.

Dato’ Syakir telah berada disitu.

   “Eumm…sedapnya bau, macam bau makanan kegemaran Ara je mama.” Eisya Zahra atau Ara panggilan keluarga memaut lengan mamanya sebaik sahaja sampai dimeja makan.

  “Yelah, ni mama dengan bibik masak nasi lemak kegemaran kamu dan abang dengan kakak kamu, dah lama mama tak masak nasi lemak kan.”

Eisya sudah lengkap beruniform sekolah dan rambutnya yang lurus itu dikenakan gaya ponytail bersama riben bewarna unggu.

    “Betul la mama, dah lama mama tak masak nasi lemak ni.”

Eisya masih lagi memaut lengan mamanya sambil menghadiahkan satu kucupan. Senyuman yang terukir dibibir mulusnya itu menampakkan kedua-dua lesung pipitnya. Lesung pipit itulah yang membezakan Eisya dengan kakak kembarnya Erdina.

  “Hah Danish , kenapa lambat turun , anak dara yang sorang lagi tu belum siap lagi ke. Nanti lewat pulak nak ke sekolah.” Dato’ Syakir yang sudah duduk mengadap juadah itu bersuara. Eisya mengambil senduk untuk menyenduk nasi lemak ke pinggannya, tanpa tidak disengajakan  Danish yang ingin mencapai senduk itu juga terpegang tangan adiknya.

Eisya memandang Danish tajam dan menghadiahkan jelingan maut!




Datin Amira perasan hal itu.

  “Dah dahh, Danish , Ara tak payah nak bergaduh pagi-pagi depan rezeki ni.” Datin Amira segera mencelah. Dia sudah faham benar tentang anak bujang dan anak gadisnya ini. Macam anjing dengan kucing. Tapi anak perempuannya itu yang agak keras sedikit berbanding si abang.

Eisya akur. Dia mengunyah nasi lemak itu tanpa memandang apa-apa. Sudah habis mereka bersarapan namun Erdina masih belum ada tanda-tanda untuk keluar dari biliknya.

“Dina! Tak siap-siap lagi ke hah ? Dah lewat ni.” Dato’ Syakir hilang sabar. Budak ni memang cari nahas.

Kesudahannya mereka bertiga kesekolah sepeti biasa walaupun agak lewat gara-gara Erdina yang sengaja mogok. Sebagai hukuman, Dato’ Syakir tidak membenarkan Erdina bersarapan..


;OOOO; akhirnya T_____T eh esok aku update bab seterusnya InsyaAllah. BACA AND KOMEN okeii XD


CHARACTERS | PROLOG | BAB 1 | COMING SOON |

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++