Tuesday, November 20, 2012

PROLOG



                                                  CHECK THE CHARACTERS HERE


    Bandar  Johor  Bharu  rengang  pagi  ini. Sebuah Perodua  Alza  milik  Eisya Zahra  meluncur  laju menuju ke Sekolah  Kebangsaan…… Tidak sangka, pejam  celik pejam celik kini sudah 7 tahun usia perkahwinannya bersama suami tercinta. Eisya memaut erat lengan lelaki yang berada ditempat duduk pemandu itu.  Syukur  kepada Allah kerana engkau telah mengurniakan lelaki ini sebagai imamku. Semoga dia akan menjadi imamku didunia dan juga diakhirat kelak.

    “Mummy dengan Daddy ingat tak esok birthday Avya tau ?” Suara halus milik Avya Danisha membuatkan Eisya tersipu-sipu.



   Lengan sasa disebelahnya segera dilepaskan. Dia memandang ke arah anak gadisnya yang berada ditempat duduk belakang. Senyuman manis dilemparkan. Si suami sempat mengerling memandang si isteri.
‘Comel betul isteri aku ni……’ ucap si suami didalam hati.

 “Mummy and daddy ingatlah sayang…Mummy ingat nak buat surprise tapi….Avya dulu yang ingat hmm tak jadi lah.” Eisya cuba menyedapkan hati anak gadisnya.

Ada nada gurauan dihujung bicaranya. Sebenarnya dia langsung tidak ingat tentang itu. Nasib baik Avya segera mengingatkan. Dia tidak mahu Avya menganggap dia dan suaminya lebih mementingkan kerjaya.

  “Alaa Mummy… Tak kisahlah , nanti Avya buat-buat tak tahu okey! Avya nak jugak Mummy and Daddy buat surprise tu….” Petah gadis kecil itu bersuara. Wajah comel Avya Danisha yang berusia 7 tahun kini tidak ubah seperti Mummynya ketika dalam lingkungan usianya. Like mother like daughter.

  Si suami yang sedari tadi hanya mendengar dan menumpukan perhatian terhadap pemanduannya, akhirnya mula bersuara.

  “Avya sayang…Kalau macam tu kita tak panggil surprise lah kan.” Ujarnya sambil memandang cermin pandang belakang untuk melihat reaksi anak gadisnya itu. Kelihatan semakin panjang muncung mulutnya.
‘Hisy..kuat merajuk jugak anak aku sorang ni. Tak ubah macam mummy dia.’ Dia menggeleng-geleng kepala sambil tersenyum.

   “Dah kita dah sampai. Tengah hari nanti daddy datang jemput Avya. Ya sayang…” Eisya memujuk.
Avya terus turun tanpa bersalam dengan mummy dan daddynya. Sempat si suami menjeling si isteri sambil mengangkat kening memandang Eisya.

    “Tengok tu..Sebijik macam perangai Mummy dia.” Usik suaminya.

    “Yelah..Daddy dia pun sama.” Bidas Eisya pula. Selamba dia mencubit pinggang suaminya.


CHARACTERS | PROLOG | BAB1 | COMING SOON |

+++++++++++++++++++++++++++

No comments: